Pada Khamis yang lepas, seorang pelajar UNITAR ingin membawa ibunya makan tengah hari. Ibu pelajar itu berkata dia tidak mahu makanan mamak. Anak ibu itu menjawab "OK. Jom pergi sana sini". Si emak tadi berungut “orang lapar dia nak bawa sana sini. Makan dululah baru bawa sana sini". Dalam emaknya berungut, si anak mendapat panggilan telefon dari seorang rakan yang ingin bersamanya makan tengah hari. Maka si anak menjawab kepada rakannya "aku bawa emak sana sini". Emaknya sekali lagi merungut "Kata nak makan. Nak bawa mama sana sini buat apa". Bila sampai di Sana Sini Café emaknya terkejut lalu berkata "OH! Sana Sini tu café".
Cerita ini telah diceritkan oleh ibu pelajar tadi kepada pelayan and mengambil tempahan makanan. Nama Sana Sini itu telah membuat ibu tadi terpinga-pinga seketika.
No comments:
Post a Comment